Wednesday, 17 December 2014

Saturday, 6 December 2014

Jom Layannnn....

Video yang disediakan khas untuk anda semua…. Jom saksikan !!!


Ilmuwan dan Tokoh Sains Muslim

1.   Abu Bakar Muhammad bin Zakaria ar-Razi 


atau dikenali sebagai Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Iran yang hidup antara tahun 864 – 930. Ar-Razi juga diketahui sebagai ilmuwan serbabisa dan dianggap sebagai salah satu ilmuwan terbesar dalam Islam. Ia lahir di Rayy, Teheran pada tahun 251 H./865 dan wafat pada tahun 313 H/925. Ar-Razi sejak muda telah mempelajari filsafat, kimia, matematika dan kesastraan. Dalam bidang kedokteran, ia berguru kepada Hunayn bin Ishaq di Baghdad. Sekembalinya ke Teheran, ia dipercaya untuk memimpin sebuah rumah sakit di Rayy. Selanjutnya ia juga memimpin Rumah Sakit Muqtadari di Baghdad. Sebagai seorang doktor utama di rumah sakit di Baghdad, ar-Razi merupakan orang pertama yang membuat penjelasan seputar penyakit cacar. Razi diketahui sebagai seorang ilmuwan yang menemukan penyakit “alergi asma”, dan ilmuwan pertama yang menulis tentang alergi dan imunologi. Pada salah satu tulisannya, dia menjelaskan timbulnya penyakit rhintis setelah mencium bunga mawar pada musim panas. Razi juga merupakan ilmuwan pertama yang menjelaskan demam sebagai mekanisme tubuh untuk melindungi diri. Pada bidang farmasi, ar-Razi juga berkontribusi membuat peralatan seperti tabung, spatula dan mortar. Ar-razi juga mengembangkan obat-obatan yang berasal dari merkuri.


2.   Abu Ali Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham

atau Ibnu Haitham (Basra,965 – Kairo 1039), dikenal dalam kalangan cerdik pandai di Barat, dengan nama Alhazen, adalah seorang ilmuwan Islam yang ahli dalam bidang sains, falak, matematika, geometri, pengobatan, dan filsafat. Ia banyak pula melakukan penyelidikan mengenai cahaya, dan telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan mikroskop serta teleskop. Bidang lain: Physics,Optics, Mathematics.



3.   Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi


Hidup antara tahun 864-930 dan namanya dilatinkan menjadi Razes. Seorang dokter klinis yang terbesar pada masa itu dan pernah mengadakan satu penelitian Al-Kimi atau sekarang lebih terkenal disebut ilmu Kimia.

Didalam penelitiannya pada waktu itu Muhammad Ibnu Zakaria Al-Razi sudah menggunakan peralatan khusus dan secara sistimatis hasil karyanya dibukukan, sehingga orang sekarang tidak sulit mempelajarinya. Disamping itu Al-Razi telah mengerjakan pula proses kimiawi seperti: Distilasi, Kalsinasi dan sebagainya dan bukunya tersebut merupakan suatu buku pegangan Lboratorium Kimia yang pertama di dunia. Bidang lain: Medicine, Ophthalmology, Smallpox , Chemistry, Astronomy.



4.   Al Tusi  atau Nasir al-Din Tusi 


 (1274) astronom kawakan dari Damaskus yang melakukan penelitian tentang gerakan planet-planet, membuat model planet (planetarium) jauh sebelum Copernicus.

Ibnu Bajjah  atau lengkapnya Abu Bakar Muhammad bin Yahya bin ash-Shayigh merupakan filsuf dan dokter Muslim Andalusia yang dikenal di Barat dengan nama Latinnya, Avempace. Ia lahir di Saragossa di tempat yang kini bernama Spanyol dan meninggal di Fez pada 1138. Pemikirannya memiliki pengaruh yang jelas pada Ibnu Rushdi dan Yang Besar Albert. Kebanyakan buku dan tulisannya tidak lengkap (atau teratur baik) karena kematiannya yang cepat. Ia memiliki pengetahuan yang luas pada kedokteran, Matematika, dan Astronomi. Sumbangan utamanya pada filsafat Islam ialah gagasannya pada Fenomenologi Jiwa, namun sayangnya tak lengkap. Ekspresi yang dicintainya ialah Gharib  dan Motivahhed ekspresi yang diakui dan terkenal dari Gnostik Islam.
Tsabit bin Qurrah (901); penemu teori tentang getaran/trepidasi.
Jabir Ibnu Hayyan (813); ahli kimia dengan berbagai eksperimennya, penemu sejumlah perlengkapan alat laboraturium modern, system penyulingan air, identifikasi alkali, asam, garam, mengolah asam sulfur, soda api, asam nitrihidrokhlorik pelarut logam dan air raksa (jauh sebelum Mary Mercurie), pembuat campuran komplek untuk cat. Kontribusi terbesar Jabir adalah dalam bidang kimia. Keahliannya ini didapatnya dengan ia berguru pada Barmaki Vizier, di masa pemerintahan Harun Ar-Rasyid di Baghdad. Ia mengembangkan teknik eksperimentasi sistematis di dalam penelitian kimia, sehingga setiap eksperimen dapat direproduksi kembali. Jabir menekankan bahwa kuantitas zat berhubungan dengan reaksi kimia yang terjadi, sehingga dapat dianggap Jabir telah merintis ditemukannya hukum perbandingan tetap. Kontribusi lainnya antara lain dalam penyempurnaan proses kristalisasi, distilasi, kalsinasi, sublimasi dan penguapan serta pengembangan instrumen untuk melakukan proses-proses tersebut.
Abu Bakar Ar Razi (935); membagi zat kimia ke dalam kategori mineral, nabati dan hewani (klasifikasi zat kimia) jauh sebelum Dalton, pembagian fungsi tubuh manusia berdasarkan reaksi kimia komplek.
Al Majriti (1007); membuktikan hukum ketetapan massa (900 tahun sebelum Lavoisier)






Friday, 28 November 2014

Jom Kita Terokai....

Jabir Ibnu Hayyan : Bapa Kimia Dari Dunia Islam


Nama sebenar ‘Bapa Kimia’ Jabir Ibnu Hayyan adalah Abdullah Jabir bin Hayyan bin Abdullah al-Azdi, seorang doktor bangsa Arab yang unggul menguasai lebih daripada satu cabang ilmu pengetahuan. Beliau pernah tinggal di Iraq iaitu di bandar Kufah dan Baghdad. Beliau adalah seorang ahli kimia pertama dan terunggul serta lama berkecimpung dalam bidang tersebut.
Status Jabir bin Hayyan serta peranannya dalam pembangunan ilmu kimia adalah seperti penciptaan amali teori yang khayali kepada fakta sains; telah menobatkan beliau sebagai ahli kimia Arab.
Jabir Bin Hayan dianggap sebagai seorang pujangga dalam penciptaan asas saintifik kimia moden dan buktinya disaksikan berdasarkan kata-kata para sarjana Barat sendiri. Ilmuan perancis bernama Berthelot mengatakan: “Bandingan kepakaran Jabir dalam kimia adalah umpama kepakaran Aristotles di bidang ilmu logic”.
Ahli falsafah Inggeris Francis Bacon pula pernah berkata bahawa Jabir bin Hayyan adalah orang yang pertama memberi pengetahuan tentang kimia kepada dunia dan beliau dianggap seorang bapa dalam bidang kimia .
Seorang orientalis Jerman, Otto Meyerhof pula mengatakan bahawa Jabir telah mencipta satu anjakan evolusi dalam perkembangan ilmu kimia di Eropah. Ia merujuk kepada ketokohan Jabir bin Hayyan secara langsung dan bukti terbesarnya adalah banyak istilah yang diciptanya digunakan dalam pelbagai bahasa di Eropah.
Sebelum ilmu kimia diiktiraf sebagai suatu ilmu yang hebat ia dianggap sebagai suatu yang penuh dongengan dan sangkaan semata-mata  di kalangan masyarakat Arab.Pakar-pakar kimia  Islam mengesahkan bahawa segala jenis logam berasal daripada suatu unsur dan tdak ada perbezaan di antara satu sama lain, kecuali jika unsur tersebut dicampuradukkan. Apabila unsur tersebut dianalisis dan disebatikan dengan unsur yang lain,ia menghasilkan suatu logam yang baru seperti emas dan perak.
Perspektif yang pelbagai ragam daripada ulama-ulama ini menghasilkan beberapa pendapat,ke arah mencari hakikat dan mengenal rahsia ilmu itu sendiri.Kejayaan yang dicapai oleh orang Islam hingga mereka sampai kepada hakikat ilmiah itu tidak bermakna mereka terhutang sesuatu pada Ilmu Yunani,yang mana orang-orang Yunani pada ketika itu belum mengetahui dan mengenali sebahagian besar ilmu mengenai logam yang telah dikuasai oleh orang Islam pada masa itu.Dalam pada itu ramai juga orang Islam yang telah berjaya menganalisis sebahagian besar logam secara kimia dan mereka juga berjaya membezakan asid dan juga alkali. Hal ini dianggap oleh ulama moden sebagai  orang yang pertama mencipta ilmu kimia dalam sifatnya sebagai suatu cabang daripada ilmu sains.
Jabir yang dikenali sebagai Gaber oleh masyarakat Barat banyak meninggalkan buku karangannya dalam ilmu kimia antaranya buku Al-Rahman ,AL-Tajmek dan AL-Zikbak Sharki serta kitabnya yang paling penting  dalam ilmu kimia iaitu Al-Istitmam. Kitab ini telah diterjemahkan dalam bahasa Perancis pada tahun 1672. Pada kurun ke-18, kitab beliau yang bertajuk Al-Sabaaen diterjemah. Hal ini menunjukkan betapa besarnya sumbangan beliau dalam lapangan ilmu pengetahuan hingga ke hari ini.
Kejayaan Jabir dalam bidang kimia tidak hanya tinggal teori yang terkandung dalam bukunya sahaja malah beliau mempraktikkannya melalui uji kaji makmal seperti mana ahli-ahli kimia pada zaman sekarang ini. Jabir juga menjalankan uji kaji terhadap setiap unsur bahan-bahan kimia dengan mencampurkan kesemua unsur-unsur kimia serta beliau juga berjaya menggnakan unsur-unsur logam mentah dalam kerja uji kajinya.Lebih membanggakan lagi beliua berjaya membuat kajian mengenai racun dan penawarnya. Dalam kitab Al-Sabaaen beliau telah membahagikan racun kepada tiga bahagian iaitu; racun binatang, racun tumbuh-tumbuhan dan racun batu batan.Segala penemuan beliau adalah kajian dan pengamatan yang tidak pernah kenal erti jemu.
Sejak awal perkembangan ilmu kimia, banyak buku tulisan beliau telah diterjemahkan oleh orang Eropah ke bahasa Latin.Kepakaran beliau diiktiraf dan beliau juga menyaingi ahli falsafah mantik Aristotle.Di antara buku beliau yang diterjemahkan dalam bahasa Latin ialah Risalah al-Aflan dan Nihayatul al-Itqan.Daripada buku-buku inilah orang Eropah dapat mempelajari dan mengkategorikan logam kimia kepada logam galian,tumbuhan dan juga haiwan. Selain Jabir terdapat juga ilmuan lain yang berusaha menganalisis dua unsur iaitu belerang merah dan aksir alhayah yang dapat menyembuhkan penyakit.
Kemajuan dan kemampuan ilmuan-ilmuan Islam telah memberi ruang kepada orang-orang Eropah dalam lapangan kimia  dan mereka juga tidak akan dapat mempelajari dan memberi pendapat-pendapat baru dalam bidang kimia ini.Banyak kenyataan-kenyataan yang membuktikan orang Arab adalah lebih terkehadpan berbanding Eropah dalam bidang kimia.Hal ini dapat dilihat melalui istiliah kimia itu sendiri yang berasal dari perkataan Arab.Ia di sebut dalam bahasa Perancis sebagai al-cime dan dalam bahasa inggeris sebagaichemistry begitu juga dengan perkataan alkawiyat menjadi alkali dan perkaetaan al-ambiek menjadi alembic.
Kemajuan orang Islam dalam lapangan ilmu kimia ini dapat dipraktikkan di sektor perindustrian dan juga di universiti-universiti untuk menjalankan penyelidikan.Pada hari ini ia dikenali sebagai kimia industri dan di UPM sendiri ada menawarkan kursus BS(K) Kimia Industri,Kimia Petroleum dan Major Kimia begitu juga di universiti-universiti tempatan yang lain.
Saya ingin memetik kata-kata seorang sarjana Nusantara Almarhum Prof Dr. HAMKA pernah mengingatkan kita didalam bukunya Falsafah Hidup katanya “1000 orang bodoh jika meninggal dunia tiada siapa yang tahu tetapi jika seorang ilmuan meninggal dunia pasti ramai yang mengetahuinya“, bila melihat bagaimana para ulama’ dan salfussoleh menuntut ilmu rasa kagum dengan mereka kerana tahap kesabaran dan ketekunan yang tinggi contohnya seperti Imam Al-Ghazali sendiri mengambil masa yang lama untuk mengarang kitabnya yang mahsyur Ihya’ Ulumuddin.

40 coumpound of chemistry used in your daily life


Dear friends and student, lets know a little bit detail about the compound that ussually used in  our daily life...
  1. Hydrogen, in drinking water
  2. helium, in helium balloons 
  3. Carbon, in carbohydrates (food)
  4. Nitrogen, in air we breathe
  5. Oxygen, in air we breathe
  6. Fluorine, in toothpaste
  7. Neon, in lights 
  8. Sodium, in cooking (NaCl)
  9. Magnesium, in cell phones
  10. Aluminum, in aluminum foil
  11. Silicon, in computers
  12. Phosphorus, in baking powder
  13. Sulfur, in laundry detergent
  14. Chlorine, in salt for cooking (NaCl)
  15. Potassium, in food preservatives
  16. Calcium, in bones for strength
  17. Titanium, in jewelry, cell phones 
  18. Chromium, in paint
  19. Manganese, used in pigments and dyes 
  20. Iron, can be used to purify drinking water
  21. Cobalt, in paint 
  22. Nickel, in nickels (coins)
  23. Copper, in coins
  24. Zinc, in batteries
  25. Gallium, in mirrors
  26. Germanium, in some cd's and dvd's
  27. Arsenic, in many medicines
  28. Selenium, used in plumbing pipes 
  29. Bromine, used to make vegetable oil, some soda pop
  30. Strontium, in bones (for strength) 
  31. Silver, in jewelry
  32. Cadmium, in many batteries 
  33. Tin, in soda pop cans
  34. Antimony, in paint
  35. Iodine, in medicine and dye 
  36. Barium, used to make bricks
  37. Tungsten, in many light bulbs
  38. Gold, in jewelry 
  39. Mercury, in thermometers
  40. Lead, in paint

Benda Asas Dalam Kimia

Jom kita hafal "Periodic Table"  ;)

Jom Sama-Sama Kita Hayati Apa Itu "KIMIA" Yang Sebenar

Kimia - ilmu dari al-Quran

Semasa zaman kegemilangan tamadun Islam pelbagai ilmu yang amat berguna kepada manusia telah muncul. Munculnya ilmu-ilmu yang berteraskan keyakinan dan iman yang mendalam kepada Pencipta yang Maha Agung menyebabkan kesuburan dan keseimbangan antara kehidupan manusia dan alam tercapai. Alam persekitaran melihat kebaikan yang dilakukan ke atas mereka lantaran pembangungan yang mengamalkan konsep simbiosis. Imaginasi ulama-ulama Islam pada zaman tersebut melangkaui batas pemikiran manusia seterusnya muncul ilmu yang amat berfaedah kepada manusia sejagat. Antara ilmu penting yang wujud pada zaman tersebut dan masih diiktiraf sehingga kini ialah ilmu kimia.

Dalam al-Qur'an, terdapat beberapa ayat yang menegaskan kepentingan melihat sesuatu kejadian antaranya firman Allah dalam;

Surah at-Thariq ayat 5 :"Maka hendaklah manusia memerhatikan daripada apakah mereka diciptakan."

Surah as-Shod ayat 7:"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat. Sesungguhnya Aku akan menciptakan manusia daripada tanah."

Surah Yaasin ayat 80:"Iaitu Tuhan yang menjadikan untukmu dari api dari kayu yang hijau, maka tiba-tiba kamu nyalakan (api) daripada kayu itu."

Ketiga-tiga ayat di atas adalah sebahagian daripada ayat-ayat al-Qur'an yang menerangkan atau memberi isyarat tentang proses kejadian yang perlu dikaji oleh manusia. Melalui kefahaman yang tinggi terhadap ayat al-Qur'an, ulama-ulama Islam memperkenalkan istilah al-kimiyah (kimia).

Sebagai contoh, ayat 80 surah Yaasin merujuk kepada sumber bahan api hidrokarbon yang berasal dari pohon-pohon kayu yang hijau. Melalui proses-proses kimia, pohon-pohon kayu yang tertanam di dalam tanah akan mengalami tekanan yang sungguh kuat. Berjuta-juta tahun kemudian, ia bertukar menjadi arang batu, gas dan petroleum serta menjadi sumber bahan api dan kuasa yang utama.

Ilmu kimia merupakan salah satu cabang ilmu pengajian sains dan ianya tidak pernah wujud sebelum kebangkitan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan. Walaupun bangsa Yunani telah memahami unsur-unsur atau elemen, tetapi mereka tidak pernah berjaya mengahsilkan bahan-bahan seperti alkohol, asid sulfurik (H2SO4), 'acqua regia' dan asid nitrik (HNO3). Bahan-bahan ini bersama-sama dengan Kalium (Potassium), K, sallmonic (ammonium klorida), NH4Cl, argentum nitrat (silver nitrate), AgNO3, merkuri klorida, HgCl2 dan penyediaan merkuri hanya ditemui oleh ahli-ahli kimia beragama Islam.

Saintis Islam telah menemui kaedah penyulingan, iaitu proses asas dalam kimia dan menggunakan kaedah-kaedah seperti berikut dalam pengkajian mereka:

1. Pemejalwapan (sublimation) - suatu kaedah pembersihan, contohnya penggunaan haba pada garam atau ammonium klorida
2. Penghabluran (crystallization) - penghasilan hablur-hablur kristal seperti garam
3. Penggumpalan (coagulation) - penghasilan bahan pelekat seperti gam.
4. Pengkupelan (cupellation) - kaedah untuk membersihkan bahan logam
Keempat-empat kaedah ini, adalah antara contoh sumbangan saintis Islam pada zaman kegemilangan tamadun Islam.

Antara bukti mudah tentang sumbangan saintis Islam dalam bidang kimia ialah istilah-istilah yang berasal dari perkataan Arab seperti kimia (al-kimiya), alkohol (al-kuhul), alembic (al-alambiq), alkali (al-qalawi) dan arsenik (ar-zirnikh).

Antara sumbangan terpenting umat Islam terhadap peradaban manusia ialah penciptaan bahan letupan. Sungguhpun ada pendapat mengatakan orang Cina adalah pencipta bahan ini untuk digunakan dalam mercun dan bahan api, tetapi saintis Islam telah menukarkannya menjadi bahan letupan yang digunakan dalam peperangan. Buktinya dalam peperangan di Sepanyol pada tahun 1342 M, iaitu peperangan mempertahankan kota Algericas, sebuah bandar di selatan Sepanyol yang diserang oleh Alphonse ke-11, bahan letupan telah digunakan buat kali pertama sebagai senjata ampuh.

Bahan letupan hanya diperkenalkan di Eropah pada abad ke-14, Roger Bacon (1214-1292) yang dikatakan pencipta bahan letupan hanyalah menceduk pengetahuan orang Islam sebelum itu.

Antara kejayaan saintis Islam yang tebesar adalah memajukan penghasilan kertas. Ziyad ibn al-Saleh, gabenor Samarkand di Asia Tengah telah menghantar satu angkatan tentera ke negara China pada tahun 751M. Angkatan tenteranya berjaya menawan beberapa orang banduan yang mahir membuat kertas. Banduan-banduan itulah yang mengajar orang Islam membuat kertas.

Pada tahun 794M, al-Fadl bin Yahya al-Barmaki, gabenor Khurasan telah membentuk satu proses membuat kertas dan membina kilang kertas pertama. Perusahaan ini sampai ke Syria dan Mesir pada abad ke-9, Andalusia (Sepanyol) dalam abad ke-10 dan Afrika Utara pada abad ke-11. Contoh kertas yang dihasilkan masih lagi dapat dilihat di perpustakaan Sepanyol. terutama di Escorial.

Bidang kimia telah melahirkan ramai saintis di kalangan umat Islam. Salah seorang yang masyhur ialah Jabir bin Hayyan al-Kufi (al-Geber) (738 - 813M). Kajian0kajiannya telah dibuku dan dikumpulkan menjadi sebuah ensiklopedia kimia yang agak lengkap pada zamannya. Banyak bukunya yang telah diterjemahkan ke bahasa Latin.

Antara jasanya ialah memperkenalkan kegunaan praktik kimia seperti membersihkan besi daripada campuran, menyediakan keluli, mencelup kain dan kulit, penggunaan minyak varnis untuk kalis air bagi kain dan memelihara besi, penggunaan mangan dwioksida untuk mewarnakan gelas dan penggunaan besi pirit (iron-pyrite) bagi tulisan emas dan penyulingan cuka kepada asid asetik yang pekat.

Jabir telah menolak teori penukaran jasmani daripada suatu logam yang murah kepada emas. Sebaliknya beliau ilmu kimia idea baru yang bernama 'sains keseimbangan' atau "al-ulum fil mizan". Jabir mengemukakan empat konsep bahawa setiap logam mempunyai sifat hakiki yang tidak berubah, tidak kira bentuk atau beratnya, besar atau kecilnya. Konsep ini adalah selari dengan Teori Atom Dalton (1766-1844) yang mengatakan bahawa:

1. Benda adalah terbina daripada butir-butir kecil yang tidak boleh di belah bahagi bernama atom.

2. Atom tidak boleh dimusnahkan atau diwujudkan (diciptakan) melalui proses kimia

3. Semua bentuk atom daripada sesuatu unsur adalah serupa dan berlainan daripada atom unsur yang lain.

Konsep keseimbanagan atau "al-ulum fil mizan" yang dikemukakan, menunjukkan analisis kualiti dalam kimia. Dalam sains moden terdapat konsep keseimbanagan kimia, keseimbangan termodinamik dan keseimbangan daya.

Terdapat beberapa orang saintis Islam yang terkemuka yang tidak kurang memberikan sumbangan yang bermakna kepada dunia sains kimia. Antara mereka termasuklah Muhammad Abu Bakar al-Razi, Dawud al-Antaki, Ibn al-Baytar, al-Baghdadi, Ibn Maimun, Ibn al0Nafis dan Abu Qasim al-Zahrawi.

Sesungguhnya segala sesuatu ilmu itu adalah dari Allah SWT kerana firman Allah dalam surah ar-Rahman ayat 1-4 yang bermaksud" 1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah 2. Dialah mengajarkan al-Qur'an 3. Dia menciptakan manusia 4. Dialah yang mengajar manusia berkomunikasi.".

Bagi manusia yang mempunyai akal fikiran yang sentiasa memikirkan kejadian alam, sudah tentulah berusaha mentafsirkan ayat-ayat al-Qur'an untuk keseimbangan alam sejagat. Kerana Allah SWT menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini....